Sidang video
Sidang video

Sidang video

Sidang video (juga dikenali sebagai telepersidangan video atau telekonferens video, singkatan "VTC") merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak. Ia juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Ia berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa tempat untuk bermesyuarat. Ini boleh semudah perbualan di antara dua orang dalam pejabat persendirian (titik-ke-titik) atau melibatkan beberapa tempat (multi-titik) dengan lebih seorang dalam bilik besar di setiap tempat. Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih.